Penjawat awam Terengganu dapat bonus RM800

Iklan
Ahmad Samsuri (tengah) hadir ke Sidang DUN hari ini dengan bertongkat selepas menjalani pembedahan di lutut. - Foto UPDI

KUALA TERENGGANU - Kakitangan awam negeri ini mendapat durian runtuh apabila kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM800 kepada 13,767 penjawat awam negeri yang berkelayakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, susulan pandemik koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini, insentif itu ditambah sebanyak RM300, berbanding hanya RM500 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemberian insentif itu membabitkan semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan kontrak dengan jumlah bayaran sebanyak RM11.01 juta.

"Pemberian akan mula diagihkan bermula Januari depan dan insentif ini sebagai penghargaan kepada penjawat awam yang berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Terengganu sebagai antara negeri terbaik di Malaysia,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan Terengganu 2021 pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri mewujudkan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan peruntukan RM50 juta.

Iklan

Jelasnya, ia bertujuan membantu rakyat khususnya golongan B40 membina rumah di atas tanah sendiri.

"Tiada sebarang bunga atau faedah yang dikenakan menerusi pinjaman berkenaan dan kita berharap rakyat mengambil peluang yang disediakan ini.

"Kita mengambil pendirian untuk tidak mengenakan bunga atau faedah pada projek perumahan dan pinjaman perumahan seperti yang diamalkan dengan pinjaman pendidikan rakyat di negeri ini," katanya.