Gerak kempen bantu pusat pemuliharaan beruang matahari

Iklan
Nur Syazwani Omar

KUALA TERENGGANU – Prihatin dengan masalah kekurangan dana di pusat pemuliharaan haiwan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekumpulan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menggerakkan kempen kepentingan hidupan haiwan.

Pengarah program, Nur Syazwani Omar berkata, projek yang bermula Oktober lalu bermatlamat mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC), Sabah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau bersama 24 ahli kumpulan berharap kempen itu dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu kekurangan sumber kewangan di pusat tersebut sekali gus menjadi medium untuk orang ramai menghulurkan sumbangan.

"Kami difahamkan dalam sebulan pusat pemuliharaan ini memerlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk kos makanan beruang matahari. Dalam tempoh PKP ini, tidak ramai pengunjung yang datang dan ia menjejaskan pendapatan BSBCC.

Iklan

"Jadi kami sekumpulan bersetuju menggerakkan kempen ini. Memandangkan kita masih dalam tempoh PKP ekoran pandemik koronavirus (Covid-19), program ini diadakan secara dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Nur Syazwani berkata, selepas sebulan dilancarkan mereka sudah berjaya mengutip hasil sumbangan berjumlah RM980 dan beliau berharap lebih ramai orang menyumbang kepada kempen kepentingan hidupan

Iklan

haiwan.

"Harapan kami, projek ini dapat memupuk kesedaran dalam diri masyarakat untuk membantu pihak yang memerlukan dan menambah pengalaman mengenai khidmat masyarakat secara maya.

"Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini dan berminat menghulurkan sumbangan boleh hubungi Wan Nur Syurah di talian 01125401102.

"Sama ada sedikit atau banyak, sumbangan anda sudah pasti membantu dan akan memberi manfaat kepada haiwan di pusat berkenaan,” katanya.