Seorang penumpang kereta api JB-Tumpat positif Covid-19

Iklan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan minta enam penumpang Ekspres Timuran dari Johor Bharu ke Tumpat pada 10 November lalu jalani ujian swab. (Gambar kecil: Dr Zaini Hussin)

KOTA BHARU - Seorang penumpang kereta api Ekspres Timuran dari Johor Bharu (JB) ke Tumpat pada 10 November lalu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Berikutan itu, Jabatan Kesihatan Kelantan meminta enam penumpang perjalanan sama tampil membuat ujian swab.

Iklan
Iklan

Mereka dari koc T6 yang memegang tiket T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi memberitahu, seorang penumpang kereta api tersebut disahkan positif Covid-19.

Iklan

"Justeru, kita meminta enam penumpang berkenaan tampil menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya.

Semalam Kelantan mencatat lapan kes baharu menjadikan 93 kes aktif dalam tempoh dua minggu.

Iklan

Antaranya lima kes adalah kontak rapat Kluster Kaya, manakala dua kes kontak rapat Kluster Mengketil.