Kuarters warga asing atasi masalah Covid-19

Iklan
Annuar ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mural dan Grafiti Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Cadangan penyediaan kuarters bagi pekerja asing dijangka mampu menyelesaikan masalah penularan koronavirus (Covid-19) dalam kalangan pekerja terbabit yang tinggal bersesak dalam satu kediaman.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia juga mampu menyelesaikan masalah penginapan terlalu lama pekerja asing tamat permit atau pelanggaran peraturan Imigresen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ramai kontraktor atau majikan yang membawa masuk pekerja asing tanpa menyediakan tempat tinggal dan mereka akan tidur di kawasan yang tidak sepatutnya sehingga menimbulkan masalah kepada orang ramai.

"Selepas tamat tempoh kontrak mereka akan 'overstay' dan penguatkuasaan menjadi sukar," katanya berhubung penyediaan kuarters pekerja asing yang dicadangkan baru-baru ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mural dan Grafiti Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kejadian kes positif Covid-19 terbukti merebak di tempat sesak seperti yang pernah berlaku di Pasar Borong Kuala Lumpur, tapak pembinaan dekat Jalan Ampang dan Damanlela kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Iklan

"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan kajian dibuat untuk memilih lokasi tertentu untuk penyediaan kuarters warga asing.

"Mereka yang hendak membawa warga asing perlu memastikan ada tempat yang sesuai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kerajaan Pusat digesa henti operasi kilang Top Glove

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk membuat penelitian cadangan tersebut.

"Ada pihak swasta yang tampil mengemukakan cadangan mewujudkan kuarters sebagai pendekatan jangka panjang setelah pandemik Covid-19 selain masalah 'overstay' serta pekerja yang melanggar peraturan Imigresen.

"Kita sudah meneliti beberapa aspek antaranya kadar bayaran yang menjadikan projek itu berdaya maju. jika terlalu tinggi mungkin membebankan mereka (majikan, kontraktor) dan tiada pihak yang nak buat jika bayaran terlalu rendah.

"Masalah tempat tinggal dan isu lain seperti makanan atau pengangkutan juga dapat diselesaikan jika mereka tinggal setempat tetapi perlu diteliti dengan lebih lanjut," katanya.