BN umum bermesyuarat malam ini

Iklan
Mohamad Hasan

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan bermesyuarat pada jam 8 malam ini di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut laporan Malaysiakini hari ini, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan mesyuarat itu akan disertai Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda setiap parti komponen serta kepimpinan Dewan Tertinggi BN.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mesyuarat ini memang dijadualkan untuk setiap tiga bulan sekali dan ia hanya mesyuarat biasa, seperti yang dijadualkan.

Ketika pihak Malaysiakini bertanya sama ada agenda mesyuarat malam ini berkaitan Belanjawan 2021 yang dijangka melalui proses undian pada Khamis ini, Mohamad berkata, dia tidak dapat mengesahkan perkara itu.

Iklan

"(Tentang) belanjawan ni tak tahu pula saya, sebab belanjawan ini sedang dibahaskan di Parlimen.

"Tapi, kita tak bincang pasal belanjawan rasanya," katanya.

Iklan

Walau bagaimanapun, mesyuarat malam ini akan menjadi perhatian yang mana ada anggota Parlimen UMNO yang tidak berpuas hati dengan belanjawan.

Menurut laporan, pemimpin Umno juga berkata ahli Parlimen patut diberi kebebasan sama ada untuk menyokong, menolak atau berkecuali ketika undian nanti, berbeza dengan undian berdasarkan parti yang menjadi kelaziman.

Selain itu, mesyuarat malam ini juga dijangka menyaksikan berlakunya pergeseran dalam UMNO dengan sejumlah pemimpin menyerang Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkenaan soal hubungan antara parti itu dengan Bersatu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika dihubungi pihak Malaysiakini berkata, tidak pasti akan agenda mesyuarat malam ini, tetapi mungkin berkenaan Pilihan Raya Kecil Gerik.