PKPB: 231 pengunjung pusat hiburan dikompaun

Iklan
Pemis yang tidak memiliki lesen hiburan itu dipercayai beroperasi secara sembunyi sejak sebulan lalu.

KUALA LUMPUR - Seramai 231 individu dikenakan kompaun kerana berkunjung ke pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras di sini ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Kegiatan itu terbongkar ketika premis terbabit digempur sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman kira-kira jam 9 malam semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, dua pelanggan berusia 43 dan 47 tahun ditahan kerana menghalang penjawat awam.

"Turut ditahan ialah 11 warga asing termasuk tiga pekerja dari Vietnam, Bangladesh dan China.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati premis merupakan sebuah pusat hiburan berbentuk pub yang menggunakan lesen restoran untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP," katanya di sini hari ini.

231 individu dikompaun kerana melanggar PKPB di sebuah pusat hiburan malam semalam.

Selain itu, Azmi berkata, pihaknya mengenakan kompaun ke atas 231 pengunjung pusat hiburan terbabit.

Iklan

Katanya, siasatan juga mendapati premis yang tidak memiliki lesen hiburan itu dipercayai beroperasi secara sembunyi sejak sebulan lalu.

Tambahnya, polis merampas pelbagai peralatan termasuk alat pembesar suara, minuman keras, resit jualan harian dan sejumlah wang tunai.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976," katanya.