ALOR SETAR - Seramai 62 mangsa dari empat buah kampung di daerah Kubang Pasu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Leftenan (PA) Norazian Shamsudin berkata, kesemua mangsa banjir daripada 15 keluarga itu dipindahkan selepas air mula naik pada jam 7.30 malam.