Mana maruah Pas?

Iklan
Raja Kamarul Bahrin

KUALA TERENGGANU – Amanah Terengganu mempersoalkan maruah Pas dalam isu saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berkaitan dakwaan parti itu menerima wang RM90 juta dari BN apabila ia dimuktamadkan penyelesaian luar mahkamah.

Pengerusinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, lebih mengejutkan adalah penyelesaian luar mahkamah itu tanpa Sarawak Report menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada Pas yang mendakwa Sarawak Report berniat jahat memfitnah hingga menjejaskan maruahnya.

Iklan
Iklan

"Lebih menggemparkan lagi apabila Clare Brown dengan megah menyatakan beliau berpuas hati cara penyelesaian dicapai dan Sarawak Report tidak perlu menarik balik atau memadam artikel itu di portal alam mayanya. Artikel tersebut masih tersiar untuk bacaan umum seluruh dunia.

"Sangat menakjubkan lagi, implikasinya perundangan ini bermakna kandungan artikel itu bukan fitnah dan adalah benar. Dimanakah letaknya maruah PAS dalam isu ini?,” soalnya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadi, Sarawak Report selesai kes saman luar mahkamah

Iklan

Dengan perkembangan itu kata Raja Kamarul Bahrin, beliau tertanya-tanya adakah saman ke atas Sarawak Report oleh Pas benar-benar kerana maruah atau sekadar strategi sebelum PRU14 dan kenapa Pas tidak benarkan isu ini ditentukan menerusi perbicaraan pada 1 April ini?

Sedangkan katanya, ahli serta penyokong Pas setia menanti ketibaan bulan April 2019 di mana mereka telah pun dimaklumkan oleh pimpinan mereka bahawa Sarawak Report akan didakwa kerana memfitnah Pas.

Iklan

"Ahli dan penyokong Pas pula bertanya di manakah RM3 juta yang dipungut dari mereka kononnya untuk kes saman malu ke atas Sarawak Report? Di waktu rakyat mengalami masalah tekanan kos sara hidup, pengorbanan besar telah dilakukan oleh mereka untuk menyumbang RM3 juta.

"Hanya beberapa minggu terdahulu seorang pemimpin Pas telah merayu dari ahlinya untuk tambahan RM400,000 lagi untuk membiayai kes saman tersebut. Masa itu merupakan musim permulaan sekolah dan pengorbaban besar telah mereka lakukan untuk mencukupi permintaan jumlah RM3 juta.

"Sekarang mereka rasa diperdaya dan ingin penjelasan dari pemimpin mereka. Mengapa minta sumbangan RM3 juta kalau saman itu akan di tarik balik?,” soalnya lagi.