Pelaksanaan PKPD

Iklan
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diiringi warden penjara dilihat masuk ke pekarangan Dewan Wawasan Penjara Seremban yang dijadikan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini sehingga 7 Disember ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni. Perlaksanaan PKPD tersebut berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat 25 kes positif COVID-19 selepas melaksanakan 246 ujian sariangan bersasar sehingga semalam. - Foto Bernama