Setengah jam pujuk warga emas berpindah
Iklan
Long (kanan) tetap dengan pendiriannya untuk terus tinggal di rumahnya itu walaupun dipujuk beberapa kali.
ALOR SETAR - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil masa selama setengah jam bagi memujuk seorang warga emas di Kampung Hujung Sungai Tebengau di sini untuk berpindah.
Namun, usaha Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) Cawangan Kuala Kedah, YADIM Pulau Pinang dan Northern Amateur Radio Emergency Communication Society (ARECS) itu menemui jalan buntu apabila Long Md Salleh tetap enggan meninggalkan rumahnya itu.
Iklan
Iklan
Yang Dipertua GPMS Kuala Kedah, Amirul Syahir Musa berkata, Long memberi alasan lebih selesa tinggal di rumahnya selain enggan menyusahkan pihak lain yang bermurah hati untuk membayar sewa rumah baharunya.
"Kami datang hari ini dengan hajat membawa keluar pak cik Long berpindah ke rumah yang lebih selesa. Alhamdulillah Ustaz Khailil Razak atau yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Tido menawarkan diri untuk membayar sewa rumah itu nanti selagi dia bernyawa.
Iklan
"Melihat keadaan rumah yang sangat usang dan tidak terurus ini saya rasa ia sangat tidak sesuai untuk Long tinggal di sini apatah lagi faktor usianya yang makin meningkat,"katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sumbangan bantal dan bekalan makanan disampaikan kepada Long (dua dari kanan) di rumahnya di Kampung Hujung Sungai Tebengau di sini hari ini.
Menurutnya, dia bersama rakan-rakan NGO lain akan memikirkan alternatif lain untuk membantu warga emas berkenaan berpindah.
Iklan
"Mungkin kita akan datang semula nanti untuk memujuknya atau akan cari cara lain, saya tidak sampai hati melihat keadaannya begitu,"katanya.
Sementara itu, Long berkata, dia lebih rela tinggal di rumah ini daripada menyusahkan pihak lain untuk membayar sewa rumahnya.
"Kalau tak ada pihak yang boleh bantu pak cik baiki rumah ini, pak cik akan terus duduk di sini, cuma doakan pakcik sentiasa sihat dan dilindungi dari perkara tidak baik.
"Anak pak cik ada ajak duduk dengan dia sebelum ini, tapi pak cik rasa tak selesa. Lebih suka duduk di rumah ini seorang diri nak buat apa pun senang,"katanya.
Terdahulu, ketiga-tiga NGO berkenaan menyampaikan bantuan berupa bantal dan keperluan asas bagi meringankan beban warga emas berkenaan.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Long memohon bantuan sebuah rumah yang lebih selesa kerana rumah berusia 40 tahun yang didiaminya itu sudah uzur.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Bila hujan hanya tempat tidur yang tak basah'
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam