Turki tahan wanita serang konsulat AS

Iklan
Polis mengepung kawasan konsulat AS dalam kejadian serangan 2015.

ANKARA - TURKI. Polis Istanbul semalam menahan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam serangan pada 2015 yang menyasarkan konsulat Amerika Syarikat (AS) di bandar itu, kata pejabat gabenor tempatan.

Suspek, Hatice Kilic dan dikatakan ahli kumpulan berhaluan kiri yang diharamkan, ditangkap di daerah Avcilar di Istanbul, tambahnya.

Iklan
Iklan

Dua wanita bersenjata melancarkan serangan pada Ogos 2015 terhadap konsulat AS yang terletak di daerah Istinye di pinggir Istanbul.

Seorang cedera dan ditahan tidak lama selepas serangan itu, tetapi Kilic berjaya melarikan diri.

Iklan

Pihak berkuasa menawarkan ganjaran sebanyak 1.5 juta lira (RM1.18 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

Barisan Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Iklan

Kumpulan itu menyasarkan kedutaan AS di Ankara pada 2013 dan membunuh pengawal keselamatan Turki. – AFP