'Pemimpin PH seperti cacing kepanasan'

Iklan
Mohd Norhiesam

GEORGETOWN - Kerajaan PH dilihat seperti cacing kepanasan apabila tidak senang dengan setiap gerak geri dan tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak kebelakangan ini.

Ia jelas kelihatan terutamanya pada barisan pemimpin tertinggi Kerajaan PH yang berusaha untuk menangkis setiap kenyataan atau pendedahan yang dibuat Najib.

Iklan
Iklan

Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, lebih mengejutkan, ada pihak yang tidak senang sehingga sanggup membuat laporan polis terhadap program yang dihadiri Najib.

Menurutnya, ketidaksenangan mereka terhadap Najib jelas menunjukkan berlaku kepincangan dalam kerajaan baharu yang dipimpin PH pada masa ini.

Iklan

"Amat menghairankan apabila kerajaan baru seperti cacing kepanasan setiap kali Najib mengeluarkan kenyataan di media sosial selain menggerakkan program santai bersama rakyat. Ramai pemimpin seolah-olah ‘melompat’ tak keruan dengan kenyataan Najib yang mengandungi fakta dalam bentuk sindiran.

"Saya melihat, sejak PRK Cameron Highlands, Najib menjadi tumpuan rakyat dan juga kerajaan PH. Setiap kali 'posting' beliau mendedahkan kepincangan Kerajaan PH di media sosial, akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Ditambah pula dengan pendekatan bersahaja Najib bersama rakyat telah menjadi fenomena baru kepada negara kita," katanya ketika dihubungi tadi.

Iklan

Tambahnya, beliau yakin Kerajaan PH kini semakin resah dengan kehadiran Najib yang semakin mendapat tempat di hati rakyat.

"Mereka semakin resah apabila Najib kerap dan berjaya mendedahkan pelbagai kepincangan dalam pentadbiran mereka antaranya harga minyak, AES, projek mega dan pemotongan peruntukan makanan kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh.

"Lebih menakutkan mereka, mereka gagal menjawab dengan tepat semua fakta dan sindiran Najib. Ketakutan mereka boleh dilihat dengan jelas apabila lima laporan polis dibuat oleh ahli Bersatu Langkawi hanya kerana program swafoto Najib bersama rakyat.

"Alasan bimbang dengan keselamatan dan ketenteraman penduduk Langkawi tidak boleh diterima langsung. Najib bukannya pengganas yang membawa senjata merbahaya ketika lawatannya itu. Tindakan membuat laporan polis itu saya lihat satu tindakan paling bodoh," katanya.

Beliau berkata, dengan momentum sokongan ke atas Najib kini, pihaknya yakin rakyat sudah kembali menilai dan sedar dengan kesilapan mereka memilih PH sebagai kerajaan.

"Saya yakin rakyat dah kembali sedar. Negara seakan huru-hara, rakyat terhimpit dengan bebanan hidup, ekonomi merudum teruk dan paling teruk, rakyat ditipu dengan manifesto yang tidak dapat ditunaikan sehingga kini.

"Najib telah berjaya membuktikan bahawa Kerajaan PH gagal menguruskan negara dengan baik dan berkali-kali membuat pusingan u-turn akibat ditegur dan disindir oleh beliau.

"Semakin hari semakin banyak kesilapan yang telah dibuat. Inilah natijahnya apabila kerajaan yang dipilih lahir daripada fitnah," katanya.