KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan setakat 1.30 tengah hari ini.
Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik arah utara bergerak perlahan dari Rawang menuju ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke arah Gopeng.