Baharuddin komited dalam tugas

Iklan
Enam anggota polis dari IPK Kedah memberikan penghormatan terakhir mengusung jasad mendiang Koperal Baharuddin ke kenderaanuntuk dihantar ke Kem Bidor, Perak hari ini.

ALOR SETAR - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang maut ditembak ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi disifatkan sebagai seorang yang komited menjalankan tugasnya.

Adik tiri mendiang, Koperal Basir Sampe, 43, berkata, kali terakhir dia bertemu abang tirinya itu pada jam 3 petang semalam dan tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mendiang ialah anak keempat daripada lapan beradik dan sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai anggota PGA.

"Saya memang sangat rapat dengan dia kerana kami bekerja dan tinggal dalam satu kem yang sama. Kami selalu bersembang dan kali terakhir saya jumpa dia jam 3 petang semalam. Saya mengetahui tentang kejadian ini jam 3.10 pagi tadi.

Iklan

"Memang saya terkejut. Saya tunggu di bahagian tepi jalan sebelum menaiki ambulans untuk membawa abang ke hospital tetapi masa itu dia sudah meninggal,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Anggota polis mengiringi kenderaan pengurusan yang membawa jasad mendiang Koperal Baharuddin untuk dihantar ke Kem Bidor Perak hari ini.

Basir berkata, dia tidak menyangka kepulangan mendiang abangnya kali ini adalah yang terakhir kerana sebelum ini sering berjauhan dengan keluarganya disebabkan terlibat dengan operasi.

Iklan

"Mendiang adalah seorang abang dan ayah yang penyayang. Dia selalu pulang ke kampung berjumpa dengan saudara dan rakan-rakan. Memang kehilangan dia sangat dirasai.

"Walaupun beberapa hari lagi hendak pulang ke Kem Bidor, mendiang tidak tunjuk sebarang perubahan. Mungkin kerana sudah biasa berkhidmat dan berjauhan dengan keluarga. Tetapi kepulangan dia kali ini adalah yang terakhir,” katanya.

Mendiang yang sudah berkahwin mempunyai tiga anak berumur 18 hingga 32 tahun akan dibawa ke Kem Bidor, Perak selepas selesai proses bedah siasat dan kemudian dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Jempol, Jempol di Negeri Sembilan untuk disemadikan.