Reman suspek bunuh anggota PGA

Iklan

Tiga warga Thailand direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden tembak membabitkan anggota Pasukan Gerakan AM (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam.

Sementara itu, 15 lagi individu warga tempatan turut direman empat hari.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, Kpl Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, yang terkena tembakan di bahagian kiri perut, mati di tempat kejadian manakala rakan setugasnya Kpl Norihan a/l Tari dari Pos Kawalan Sempadan, berada dalam keadaan kritikal akibat tiga das tembakan di rusuk serta perut dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar. - Foto Bernama