Banjir: Dua PPS dibuka di Kuala Krai

Iklan
Pihak polis turut membuat rondaan di kawasan yang ditenggelami air.

KOTA BHARU - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan berikutan keadaan hujan lebat sejak kelmarin dengan menempatkan 14 mangsa di Kuala Krai.

Mengikut aplikasi Info Bencana Kebajikan Negeri Kelantan sehingga jam 12 tengah hari ini, dua PPS beroperasi iaitu di Masjid Lama Keroh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil.