Insiden tembak anggota PGA: Dua lagi warga Thailand ditahan

Iklan
Abdul Hamid (dua dari kanan) mengucapkan takziah kepada bapa mendiang Kpl Baharuddin Ramli, Ramli Derus (tiga dari kiri) dan balu mendiang Relow Ko (empat dari kiri) ketika menghadiri upacara persemadian mendiang di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo hari ini. - Foto Bernama

JEMPOL - [DIKEMASKINI] Dua lagi rakyat Thailand ditahan pasukan keselamatan pada 7 pagi ini di tembok sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis menjadikan keseluruhan suspek rakyat negara jiran itu yang ditahan berkaitan kes tembak anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) lapan orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada kesemua lapan suspek berkenaan, empat daripadanya ditahan di Malaysia manakala empat lagi di negara jiran.

Iklan
Iklan

"Dua warga Thailand ini kami yakin tidak sempat melarikan diri, oleh kerana tidak ada ruang dan peluang untuk mereka melepasi tembok sempadan. Jadi apabila kami buat sweeping di ladang dan belukar tersebut, terserempak dengan dua orang ini.

"Kami telah bawa mereka untuk soal siasat selanjutnya. Kami juga sedang berunding dan akan mengutuskan permohonan secara rasmi kepada pihak Polis Diraja Thailand supaya keempat-empat (penyeludup) yang ditahan di Thailand itu dapat diserahkan kepada kami untuk diadili,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri upacara pengebumian mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban awal pagi semalam dalam kejadian berbalas tembak dengan kumpulan penyeludup ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, di Padang Besar, Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Kes tembak di sempadan: Polis tahan dua penyeludup

Kes tembak di sempadan: Seorang lagi anggota PGA cedera

18 lelaki direman kes tembak anggota PGA di sempadan

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, Jabatan Siasatan Jenayah bersama pasukan forensik sedang berusaha mengesan senjata api yang digunakan kumpulan berkenaan yang berkemungkinan telah dicampak di kawasan kejadian.

Iklan

"Dalam belukar tersebut, kami lakukan sweeping (pencarian) di situ. Kami percaya pada saat kejadian tersebut oleh kerana berlaku dalam keadaan spontan dan kumpulan berkenaan bertempiaran lari dan di situ ada kesukaran untuk berhubung kerana line telefon tidak ada.

"Mereka terpaksa tunggu keadaan reda dan saya percaya itulah taktik yang digunakan dua orang yang kami tangkap pagi ini, mereka akan cuba ke tembok itu untuk melarikan diri,” katanya.

Ditanya berapa ramai lagi baki suspek yang belum ditahan, beliau menjelaskan ia bergantung kepada hasil soal siasat.

"Ada maklumat kata berbelas-belas, kami tak dapat sahkan, (ada) kata 12,13 atau 14. Tapi soal siasat sedang berjalan dan insyaALLAH kami akan dapat lebih banyak maklumat berhubung kejadian tersebut, berapa ramai terlibat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sindiket penyeludupan di sempadan guna sistem barter

Insiden berbalas tembakan di sempadan pertama kali berlaku

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) terkorban manakala rakan setugas Koperal Norihan a/l Tari, 39, cedera dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis.

Terdahulu, Abdul Hamid meluangkan masa selama dua jam menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Koperal Baharuddin yang disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli, Kampung Sungai Sampo, Bandar Sri Jempol di sini.

Mendiang Baharuddin selamat disemadikan pada 12.20 tengah hari dan dihadiri ratusan hadirin terdiri daripada keluarga, penduduk kampung dan pegawai serta anggota polis. - Bernama