Warga India dijel empat bulan kerana cabul

Iklan
Pekerja restoran warga India dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah mencabul seorang wanita dua minggu lalu. Gambar hiasan 123RF

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran warga India dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencabul seorang wanita di laluan pejalan kaki, dua minggu lalu,

Allah Pitchai Bazeeth Mohamed, 26, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret, Aina Azahra Arifin yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 13 November lalu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul seorang wanita, pekerja pusat perubatan berusia 31 tahun di laluan pejalan kaki, hadapan tangga di sebuah premis di Jalan Megan Setapak, Wangsa Maju, di sini, pada jam 8 malam, 13 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zuraidi Zulkifli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, seorang lagi lelaki warga India dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri pakaian di sebuah pusat beli-belah, bernilai RM129.50.

Iklan

Pengutip besi, T Suresh Kumar, 21, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri tiga baju, kaca mata hitam dan kasut milik Yee Fong Hung (Malaysia) Sdn Bhd di Brands Outlet, Fahrenheit 88, Bukit Bintang di sini, pada jam 5.30 petang, 16 November lalu.

Majistret Aina Azahra turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 16 November lalu.