600 pekerja kilang ditempatkan di dua hotel di Seremban

Iklan
Aminuddin Harun

SEREMBAN - Kira-kira 600 pekerja kilang warga asing ditempatkan di dua hotel di Seremban bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang membabitkan kluster pekerja kilang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya telah mengarahkan kepada majikan yang terlibat agar menempatkan pekerja mereka di kediaman yang sesuai bagi memastikan tiada lagi penyebaran berlaku dalam kalangan mereka.

Iklan
Iklan

Katanya, buat masa ini kesemua pekerja kilang yang terlibat ditempatkan di Hotel Royale Chulan Seremban dan Klana Resort, yang dibiayai sepenuhnya oleh majikan.

"Mana-mana yang sakit kita hantar terus ke hospital, ada juga yang ditempatkan di pusat kuarantin khas dan di asrama pekerja.

Iklan

"Alhamdulillah, kes bagi kluster pekerja kilang mula mencatatkan penurunan dan kita berharap semua masyarakat terus mengikut prosedur o[perasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin juga memberitahu cadangan untuk menempatkan pekerja kilang warga asing di kawasan perumahan masih dalam peringkat perbincangan dan akan dimuktamadkan kemudian.

Iklan