Baharuddin wira kaum Semelai

Iklan
Suasana ketika majlis persemadian di Tanah Perkuburan Orang Asli Sungai Sampo hari ini.

JEMPOL - Mendiang Koperal Baharuddin Ramli,54, yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi semalam adalah seorang anak yang baik dan berani.

Bapanya, Ramli Derus, 75, berkata, oleh kerana anaknya itu seorang yang berani, dia cukup gembira apabila mendiang Baharuddin menjadi seorang anggota polis.

Iklan
Iklan

"Mendiang banyak membantu meringankan beban keluarga terutama dari segi perbelanjaan. Agak menyedihkan, apabila kini dia sudah tiada dan kematiannya merupakan kehilangan besar dalam keluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Baharuddin anggota dari Batalion 3 Anggota Gerakan Am (PGA) terbunuh dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.

Iklan
Isteri (dua kiri) dan salah seorang anak mendiang (tiga kiri) kelihatan sugul sebaik tiba di Tanah Perkuburan Orang Asli Sungai Sampo.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Relow Ko, 48 dan tiga anak serta enam cucu.

Sementara itu mendiang Baharuddin akan sentiasa dikenang sebagai wira Orang Asli kaum Semelai terutama bagi penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sampo, di sini.

Iklan

Tok Batin kampung berkenaan, Abu Mohd Tot berkata, keperibadian mendiang Baharuddin sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk kerana dia sentiasa menghulurkan bantuan walaupun hanya balik sekejap ke kampung berkenaan.

Abu Mohd Tot

"Dia sudah menjadi wira kami semenjak menyertai pasukan polis," katanya.