Bubu musim tengkujuh

Iklan

Mekanik Mohamad Sapawi Yunus, 40, menunjukkan bubu yang telah siap dan akan dijual secara atas talian di laman sosial Facebook miliknya di Kampung Tok Fakir Merchang hari ini.

Bubu ialah peralatan tradisional yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai, tasik dan kawasan paya.

Iklan
Iklan

Mohammad Sapawi mampu meraih pendapat sampingan hampir RM7,000 sepanjang musim tengkujuh selepas berjaya menjual hampir 200 bubu bagi tempoh Oktober hingga Januari setiap tahun kerana permintaan yang sangat tinggi.

Inisiatif membuat bubu menggunakan jaring plastik bagi memastikan ia lebih kukuh dan tahan lama berbanding bubu buluh dan dijual dengan harga RM35 bagi satu unit.

Iklan
Iklan