Hantar ibu bapa pergi umrah

Iklan
Rabiatul Athyqah menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan dalam Peraduan Sinar Harian Di Hatiku.

SHAH ALAM - Seorang pelajar lepasan Institut Latihan Perguruan Kuala Lumpur menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku kerana tertarik dengan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Rabiatul Athyqah Ahmad Zaini, 24, berkata, sekiranya menang peraduan tersebut, dia akan menggunakan wang kemenangan itu untuk menghantar ibu bapanya menunaikan umrah di Makkah.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pernah terlepas menghantar borang penyertaan sejak peraduan ini dimulakan.

"Saya akan terus berusaha mengumpul siri-siri Peraduan Sinar Harian Di Hatiku dan menghantarnya dengan harapan terpilih sebagai pemenang.

Iklan

"Saya berazam andainya saya beroleh rezeki kemenangan, saya mahu menghantar ibu bapa menunaikan umrah kerana saya mahu membahagiakan mereka berdua,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rabiatul Athyqah berkata, Peraduan Sinar Harian Di Hatiku banyak membantu menambah ilmu pengetahuannya mengenai lokasi-lokasi pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia.

Iklan

"Soalan-soalan peraduan ini juga menguji minda. Walaupun nampak mudah tetapi sebenarnya ada tempat-tempat menarik dalam negara yang kita sendiri tidak tahu kewujudannya.

"Pada pendapat saya, peraduan seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya masa yang terluang ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat juga dimanfaatkan dengan menyertai peraduan ini," katanya.

Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang bertemakan Malaysia Indah dianjurkan bagi menghargai pembaca setia dengan menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.

Selain berpeluang meraih wang tunai, pembaca juga bakal memenangi hadiah-hadiah iringan dan saguhati, antaranya motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.