Sungai Golok melepasi amaran

Iklan
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas malam ini melepasi paras amaran dengan catatan bacaan terkini setinggi 8.03 meter (m) pada jam 9 malam tadi.

PASIR MAS - Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, di sini melepasi paras amaran, setakat malam ini.

Bacaan paras air terkini setinggi 8.03 meter (m) dicatatkan pada jam 9 malam tadi.

Iklan
Iklan

Berdasarkan aplikasi MyPuclic Infobanjir, aras itu melebihi sebanyak 0.03 meter berbanding tahap amaran 8 meter manakala trend menunjukkan peningkatan dengan hujan renyai satu mililiter (mm).

Sementara itu, berbeza trend aras air ditunjukkan di Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah yang menurun dengan catatan bacaan 12.56 m pada jam yang sama.

Iklan

Angka itu bagaimanapun melebihi sebanyak 0.56 m tahap waspada 12 m namun tiada taburan hujan manakala hujan sederhana di daerah Tumpat.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada semua petugas supaya bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan banjir.

Iklan

"Sekretariat Bencana Alam Negeri menyediakan 539 pusat pemindahan sementara yang boleh menampung seramai 200,000 mangsa banjir.

"Tiga sekolah yang menjadi pusat pemindahan sementara ini sudah ditambah baik sistem kumbahan menggunakan peruntukan RM150,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

"Persediaan RM50,000 juga untuk kegunaan semasa banjir,” katanya.