Hadir kenduri pakai baju T: Mufti kata janji tutup aurat

Iklan
Paparan Facebook netizen

SHAH ALAM - Isu berkaitan pemakaian lelaki ke majlis kenduri kahwin sering kali menjadi perbalahan di media sosial.

Terbaru di media sosial, seorang jurugambar memuatnaik beberapa keping gambar di sebuah kenduri kahwin dengan memaparkan beberapa tetamu lelaki tidak menghormati majlis dengan hanya memakai baju T.

Iklan
Iklan

Hantaran itu mendapat reaksi berbeza di mana ada netizen yang bersetuju dan tidak kurang juga menentang.

Ada yang mengatakan bahawa bagi menghormati majlis, tetamu perlu memakai pakaian sesuai seperti kemeja dan bukannya baju T atau jersi.

Iklan

Ada juga warga net yang menentang dengan mengatakan bahawa tidak kisah memakai baju apa sahaja asalkan sopan dan menutup aurat.

Menjawab perbalahan warga net itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang lelaki memakai baju T ke majlis perkahwinan asalkan pakaian yang dipakai itu menutup aurat.

Iklan

"Konsep Islam senang sahaja. Pakaian yang diharuskan adalah pakaian yang menutup aurat. Bukan sahaja majlis walimah. Apa-apa sahaja majlis sekalipun adalah menjadi kewajipan setiap manusia menutup aurat.

"Isunya pakai baju T. Soalnya baju T itu menutup aurat atau tidak? Kalau tutup aura tidak menjadi satu perkara yang dilarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, dalam Islam, ALLAH mewajibkan setiap hambanya untuk menutup aurat.

"Kita kena pikir bahawa kita ini hamba-NYA. ALLAH wajibkan tutup aurat. Mahu tidak mahu kita kena buat.

"Bagi lelaki, pakai baju T kalau tutup aurat itu tidak bersalah. Cuma terpulang kepada kita. Kadang-kadang kita ini lebih malu dengan manusia berbanding dengan ALLAH,” katanya.