KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang mengusahakan satu model gelembung sukan yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membolehkan perlawanan bola sepak diadakan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pemegang taruh bagi memperhalusi perkara itu untuk kelangsungan aktiviti sukan yang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.