Peniaga guna alat timbang tamat tempoh didenda

Iklan
Penguatkuasa KPDNHEP melakukan operasi di Pasar Awam Dengkil sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019. - Foto:Ihsan KPDNHEP

DENGKIL - Tiga peniaga di Pasar Awam Dengkil dikenakan tindakan selepas didapati menggunakan alat timbang tamat tempoh padi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Mohd Nor Iskandar Zainoor berkata, tiga peniaga berkenaan dikenalpasti melakukan kesalahan itu semasa penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan operasi sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam operasi itu, KPDNHEP juga mengambil tindakan ke atas peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi tanda harga pink

"Walau bagaimanapun secara keseluruhannya, pemeriksaan mendapati kebanyakkan peniaga mematuhi penandaan harga serta penandaan harga pink bagi barang harga termasuk seperti mana ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto:Ihsan KPDNHEP

Iklan

Mohd Nor Iskandar berkata, Skim Kawalan Harga ini bertujuan untuk mengawal harga dan bekalan untuk menjamin kestabilan penawar dan permintaan semasa musim perayaan.

Pemeriksaan diketuai oleh Pegawai Penguatkuasa Kanan KPDNHEP Selangor, Mohd Aznanshah Khalid bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Iklan