Mayat warga emas tersangkut pada pokok nipah

Iklan
Mayat warga emas yang ditemukan selepas terjatuh dari atas Jambatan Sungai Batu Pahat, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT - Seorang lelaki warga emas yang hilang dua hari lalu selepas terjatuh dalam Sungai Batu Pahat ditemukan tersangkut pada sebatang pokok nipah hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor berkata, mayat Ang Chai Tian, 72, ditemukan pada jam 11 pagi ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat mangsa ditemui tersangkut pada pokok nipah berhampiran dengan jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semasa air sungai mula surut oleh orang awam.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sebelum ini turut dibantu dua bot APMM, sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sebuah bot polis marin.

"Pihak bomba dalam operasi SAR menggunakan kaedah surface searching dengan dua bot dan skop pencarian pada jarak enam kilometer ke hulu dan hilir sungai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas dikhuatiri lemas

Iklan

Dalam kejadian pada jam 3.51 petang kelmarin, warga emas tersebut terjatuh ke dalam sungai itu dari Jambatan Batu Pahat sebelum 30 anggota bomba, APMM, APM dan polis memulakan SAR.