Anthony Loke mengaku arah ahli Parlimen DAP tidak bangun

Iklan
Anthony Loke

KUALA LUMPUR - Anthony Loke Siew Fook mengaku bertanggungjawab memberi arahan supaya ahli-ahli Parlimen DAP tidak bangun menyokong undi belah bahagi ketika pengundian Belanjawan 2021 pada Khamis.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu berkata, tindakan itu diambil selepas beliau mendapat mesej daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini (semalam)? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong.

"Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti peruntukan RM85 juta untuk Jasa, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Iklan

"Maka, kita akan membantah dan menolak peruntukan yang kita tidak setuju di peringkat jawatankuasa kementerian masing-masing. Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi untuk tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana Jasa merupakan agensi di bawah kementerian tersebut," katanya seperti dilapor Astro Awani.

Tambah Anthony, jika semua ahli Parlimen pembangkang bangun memohon undi belah bahagi, terdapat kemungkinan Perikatan Nasional akan menjadikannya satu polemik untuk membuat pelbagai tuduhan terhadap Pakatan Harapan.

Iklan

"Saya faham ramai ahli dan penyokong DAP merasa amat kecewa terhadap keputusan ini dan mengecam tindakan kita.

"Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan kita akan terus berjuang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu hanya 13 orang pembangkang bangun panas di media sosial

Ada arahan PH minta ahli Parlimen tidak undi belah bahagi

Usul Belanjawan 2021 diluluskan