Paras air lima sungai di Kelantan meningkat

Iklan
Bacaan paras air lima sungai di Kelantan yang berada pada tahap normal sejak jam 10 malam tadi menunjukkan trend sedikit meningkat bermula awal pagi ini.

KOTA BHARU - Bacaan paras air lima sungai di Kelantan yang berada pada tahap normal sejak jam 10 malam tadi menunjukkan trend sedikit meningkat bermula awal pagi ini.

Berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my sehingga jam 8 pagi tadi paras air di Sungai Lebir di Kuala Koh Gua Musang, Sungai Galas di Limau Kasturi Gua Musang, Sungai Golok di Jenob Tanah Merah, Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong Pasir Mas dan Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat menunjukkan berlaku peningkatan.

Iklan
Iklan

Paras Sungai Lebir di Kuala Koh Gua Musang meningkat kepada 62.82 meter (m) berbanding 62.76m pada jam 10 malam tadi dan Sungai Galas di Limau Kasturi Gua Musang turut meningkat daripada 53.20m kepada 53.22m.

Selain itu, peningkatan paras air turut dicatatkan di Sungai Golok di Jenob Tanah Merah iaitu daripada 19.54m kepada 21.01m, Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong Pasir Mas pula bertambah kepada 15.10m berbanding 15.08m manakala Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat menunjukkan kenaikan daripada 0.62m kepada 0.64m.

Iklan

Sementara itu, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras berjaga-jaga selepas mencatatkan kenaikan kepada 7.77m jam 8 pagi tadi berbanding 7.73m pada 10 malam tadi.

Paras berjaga-jaga di sungai tersebut ialah 7m manakala amaran 8m dan bahaya pula 9m.

Iklan

Portal sama turut memaklumkan, empat lagi sungai lain yang sebelum ini berada pada paras normal kini menunjukkan tren menurun iaitu Sungai Lebir di Tualang Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah, Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu dan Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas.

Bagi Sungai Semerak di Pasir Puteh pula masih kekal di paras normal iaitu 0.81m yang mana bacaan tidak berubah sejak jam 10 malam tadi.

Berdasarkan info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan bahawa tiada pusat pemindahan sementara dibuka di negeri ini.