Ekspo makanan laut antarabangsa BISFE dapat sambutan hebat

Iklan

Ekspo Makanan Laut dan Perikanan Antarabangsa Busan (BISFE) yang berlangsung secara dalam talian menerima sambutan hebat dari orang ramai.

Ekspo yang sepatutnya diadakan di BEXCO, Busan, Korea Selatan ini terpaksa diadakan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Lebih 430 peserta pameran dari 30 negara ini menyertai BISFE yang merupakan salah satu daripada tiga pameran perdagangan makanan laut dan perikanan teratas di Asia dan pameran makanan laut dan perikanan terbesar di Korea.

Pusat Sokongan Perdagangan K · FISH Kuala Lumpur melalui Kementerian Laut dan Perikanan dan Koperasi Perikanan Nasional, Korea Selatan, telah memberikan sokongan kepada syarikat tempatan di Malaysia yang mengambil bahagian dalam mesyuarat dalam talian di BISFE.

Iklan

Padanan perniagaan dalam talian diselaraskan dengan tarikh pameran di Korea Selatan, dari 5 hingga 7 November 2020 bagi membolehkan syarikat tempatan yang berminat dengan pengeksport produk makanan laut Korea Selatan untuk bertemu secara dalam talian untuk pertukaran perniagaan.

K · FISH telah berusaha untuk menghubungi syarikat tempatan dan memadankan mereka dengan beberapa syarikat yang berminat.

Iklan

Sebanyak 17 perjumpaan telah dilakukan selama tiga hari BISFE dan empat memorandum persefahaman (MoU) berjumlah 1.44 juta USD telah dimeterai pada majlis tersebut. Rata-rata pengimport tempatan berminat mencari produk baru untuk dimasukkan ke dalam perniagaan mereka.

Setiap tahun, K · FISH membawa lebih 10 syarikat tempatan dari Malaysia ke Busan, Korea Selatan untuk menghadiri pameran ini sebagai inisiatif untuk mempromosikan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan.

Antara manfaat yang diberikan adalah tiket penerbangan ekonomi, penginapan tiga malam serta menyediakan perkhidmatan interpretasi pemadanan perniagaan dan lawatan industri.

K · FISH akan terus memberikan sokongan kepada pengimport tempatan Malaysia yang berminat dengan produk makanan laut Korea.

K · FISH adalah jenama eksport nasional oleh Kementerian Laut dan Perikanan Korea Selatan. Produk yang berlabel K · FISH adalah produk yang telah melalui pemeriksaan teliti oleh pemerintah Korea untuk memastikan produk yang dieksport dari Korea Selatan berkualiti dan selamat untuk dimakan.

Pusat Sokongan Perdagangan K · FISH Kuala Lumpur yang terletak di Kuala Lumpur adalah salah satu daripada 10 pusat sokongan di seluruh dunia yang bertujuan untuk membantu pengimport tempatan, Singapura atau Indonesia yang berminat dengan produk makanan laut Korea.

Mereka akan melayani dan memberi bantuan kepada mana-mana pengimport yang berminat untuk mengimport produk makanan laut Korea.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai cara membawa masuk produk makanan laut Korea, boleh hubungi mereka di kfishklmy@gmail.com.