Lelaki melecur dipercayai disimbah air panas

Iklan
Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun di pangsapuri terbabit dan dibawa ke Balai Polis Ayer Keroh, untuk siasatan lanjut.

MELAKA - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki ditemui melecur pada badan setelah dipercayai disimbah air panas, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, keadaan mangsa disedari seorang penuntut institusi pengajian tinggi lelaki berusia 23 tahun yang secara kebetulan ke pangsapuri berkenaan untuk bertemu rakannya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi dan mangsa berusia 26 tahun itu, dipercayai disimbah air panas oleh seorang wanita di salah sebuah pangsapuri di situ.

"Penuntut itu didatangi mangsa kira-kira jam 10.15 pagi dalam keadaan tidak memakai baju dengan kesan melecur pada badan.

Iklan

"Mangsa meminta lelaki terbabit menghantarnya ke hospital, sebelum pengadu membuat laporan polis pada jam 12 tengahari," kata Afzanizar, ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, susulan laporan polis itu, polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun di pangsapuri terbabit dan dibawa ke Balai Polis Ayer Keroh, untuk siasatan lanjut.

Iklan