Tiada pihak ketiga dilantik urus program Rekalibrasi PATI

Iklan
Kerajaan tidak melantik pihak ketiga atau mana-mana vendor untuk mengurus Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang di bawah Pelan Rekalibrasi pendatang asing tanpa izin (PATI).

PUTRAJAYA- Kerajaan tidak melantik pihak ketiga atau mana-mana vendor untuk mengurus Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Program Rekalibrasi Pulang di bawah Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya berkata, program yang dilaksanakan bermula pada 16 November lalu hanya melibatkan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemantauan dilakukan dari masa ke masa bagi memastikan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kementerian memandang serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan terperinci ke atas pihak yang mengambil kesempatan bagi mengelakkan berlakunya manipulasi terhadap majikan atau PATI yang terlibat," katanya.

Iklan

KSM berkata, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 7, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) akan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Sejak program itu bermula, KSM yang bertanggungjawab untuk meluluskan kuota kelayakan telah menerima sebanyak 113 permohonan majikan melibatkan sebanyak 17,292 permohonan kuota untuk menggajikan pekerja asing.

Iklan