JOHOR BAHRU - Kawasan Kampung Gunung Pulai dekat Kulai tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang tular di media sosial beberapa hari lepas.
Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan berkenaan.
"Memang ada kes (Covid-19) dan pengawalan, pengesanan kontak serta saringan dijalankan di sana. Buat masa ini, belum lagi (PKPD), kami kena buat penilaian risiko dan trend penularan serta bilangan kes dahulu.