Seorang lagi anggota bomba positif Covid-19

Iklan

JOHOR BAHRU - Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya di sini disahkan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Bomba Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, anggota berkenaan mendapat jangkitan daripada ibu mentuanya yang tinggal bersama-samanya di rumah melibatkan Kluster Kobena.

Iklan
Iklan

"Atas nasihat dan arahan jabatan kesihatan daerah, semua anggota BBP Johor Jaya perlu menjalani kuarantin di rumah.

"Operasi di BBP Johor jaya masih berjalan seperti biasa, kawasan dan peralatan di balai bomba berkenaan telah dibuat sanitasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, anggota dari balai bomba berdekatan sudah pun disusun untuk bertugas di BBP Johor jaya.

Katanya, pihak bomba sentiasa menekankan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di balai bomba dan tempat operasi.

Iklan

"Setakat ini tiada anggota-anggota bomba Johor yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

"Bagaimanapun sehingga kini tiga anggota bomba Johor yang dijangkiti Covid-19 mendapat jangkitan di tempat tinggal mereka," katanya.