Perhimpunan Agung Bersatu bincang mansuh jawatan pengerusi

Iklan

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang akan berlangsung secara maya esok antara lain dijangka membincangkan pemansuhan jawatan pengerusi parti.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, isu tersebut telah dibincangkan di peringkat pucuk pimpinan parti.

Iklan
Iklan

"Mengenai pemansuhan jawatan pengerusi, perkara itu betul dan bukan ura-ura. Kita dah bincang pun dan saya rasa mendapat sokongan kebanyakan ahli untuk memantapkan pengurusan parti itu sendiri.

"Sebabnya kita tidak mahu ada dua kapten dalam satu kapal, jadi kita cuma mahu ada presiden,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bertajuk ‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030’, terbitan Bernama TV di sini hari ini.

Iklan

Jawatan itu sebelum ini disandang Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum keahlian beliau dalam Bersatu ditamatkan.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, pemansuhan jawatan tersebut akan memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan parti.

Iklan

Buat pertama kali perhimpunan agung tahunan parti itu akan diadakan secara telesidang dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata, persidangan akan disertai oleh perwakilan dari seluruh negara yang berkumpul di pejabat badan perhubungan negeri serta hotel tertentu. - Bersatu

ARTIKEL BERKAITAN: Perhimpunan Agung Bersatu secara maya 28 November ini

PAT Bersatu: Ronald harap kepimpinan, perwakilan perkasakan parti