Teh Masala Chai

Iklan
Graduan Ijazah Kejuruteraan dari Universiti Tenaga Nasional, Kavievanan Subramaniam, 23, memanfaatkan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mencari rezeki menjual Teh Masala Chai ketika ditemui hari ini. Mula berniaga teh itu sejak Mei lepas di sekitar Brickfields dengan hanya menggunakan basikal, Kavievanan mampu menjual sehingga 100 cawan Teh Masala Chai dalam masa sehari. Teh Masala Chai merupakan sejenis minuman berempah yang diadun dari herba rempah seperti buah pelaga, kulit kayu manis, halia, buah pala, bunga cengkih dan lada hitam. - Foto Bernama