Rakyat Malaysia jadi dalang sindiket penyeludupan di sempadan

Iklan
Pemeriksaan dilakukan di kawasan sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

KEJADIAN tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada Selasa lalu mengejutkan negara apabila insiden itu menyebabkan terkorbannya seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan Tari, 39, parah ditembak selepas berbalas tembakan dengan penyeludup di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis.

Iklan
Iklan

Kurang 24 jam daripada kejadian itu, satu lagi insiden sama berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah membabitkan serangan ke atas anggota Batalion 3 PGA yang cedera di perut selepas terkena tembakan ketika bertugas.

Dua kejadian itu, tatkala negara menutup dan memperketat kawalan sempadan tanah air angkara Covid-19, ternyata memberi kesukaran buat kumpulan penyeludup membolosi pintu sempadan bagi menjalankan aktiviti haram mereka.

Iklan

Ikuti laporan yang disediakan wartawan ROSLINDA HASHIM, ROSHILA MURNI ROSLI dan NURUL HIDAYAH HAMID.

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Iklan

Abdul Ghani berkata, barang-barang tidak bercukai yang sering diseludup masuk secara haram ke Malaysia seperti rokok, minuman keras, minyak petrol dan mercun adalah barangan yang mendapat permintaan tinggi.

"Barangan yang diseludup dari Malaysia dan mendapat permintaan tinggi adalah daun ketum dan ubat batuk, manakala dari Thailand adalah berkaitan dadah, seperti syabu, ganja dan pelbagai jenis dadah yang lain,” katanya.

PGA merampas 1,550 kilogram daun ketum bernilai RM46,500 yang disembunyikan dalam plastik lut sinar di kandang kambing di Kampung Wang Kelian, Kaki Bukit, Julai lalu.

Antara faktor berlakunya aktiviti penyeludupan barang ke negara ini adalah perbezaan harga antara dua negara bersempadan, selain kewujudan banyak ‘lorong tikus’ di sempadan negara seperti kawasan hutan yang panjang serta kawasan laut.

Abdul Ghani memberitahu, modus operandi penyeludup dari Thailand dan sindiket tempatan ini boleh dianggap unik kerana mereka berurusan tanpa bersemuka.

"Mereka meninggalkan barangan di lokasi tertentu sebelum diambil penyeludup yang menyelinap masuk ke kawasan sempadan negara.

"Mereka dipercayai berkomunikasi lebih awal, bagi menentukan lokasi meletakkan barang seperti tiang lampu dan tiang elektrik bernombor sebagai kod kawasan, sebelum dibawa masuk ke negara jiran melalui lorong tikus,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu kebanyakan tangkapan hanya menemui barangan yang diseludup tanpa individu terlibat.

Abdul Ghani berkata, aktiviti penyeludupan berlaku sepanjang tahun, bukan bermusim atau musim perayaan sahaja.

"Dianggarkan dalam tempoh sebulan antara 35 hingga 40 aktiviti penyeludupan dikesan. Sehingga hari ini, kita kesan 28 aktiviti berkaitan sepanjang November,” katanya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hasan (tiga, kanan) ketika meninjau Kompleks ICQS Kota Putra, di daerah Padang Terap.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk yakin ketangkasan anggota sempadan

Ketatkan kawalan di 15km sempadan tidak berpagar

PGA guna perisai kawal sempadan di Kedah, Perlis