UiTM FC giat rekrut import baharu

Iklan
Mustaza (kanan) bersama Victor (tengah) pada majlis menandatangani kontrak. - Foto UiTM FC
KELAB CIMB Liga Super, UiTM FC kini giat memburu empat pemain import baharu bagi memperkuatkan cabaran The Lions menjelang sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2021.

Menurut Setiausaha UiTM FC, Mustaza Ahmad, pihaknya membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak kesemua pemain import musim 2020 kecuali pertahanan Perancis, Victor Nirennold yang dilanjutkan kontrak selama setahun.

"Setakat ini kita dah selesai tandatangani kontrak baharu dengan Nirennold dan ini bermakna barisan pertahanan kita kekal seperti musim 2020 lalu.

Iklan
Iklan

"Kita juga agak terharu apabila Nirennold sendiri yang menyuarakan hasrat untuk terus bersama kita walaupun mendapat tawaran lumayan daripada kelab di Arab Saudi.

"Selain itu Nirennold turut mengakui dia agak selesa bersama kita terutamanya di bawah jurulatih Frank Bernhardt, selain faktor ketepatan kita membayar gaji dan tidak memotong gaji ketika pandemik Covid-19, kemudahan yang disediakan termasuk seronok dengan suasana pasukan kita yang dibarisi ramai pemain muda,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Untuk rekod, Nirennold, 29, telah beraksi cemerlang membantu The Lions sepanjang musim 2020 lalu untuk menamatkan saingan Liga Super pada kedudukan keenam selain mara ke suku akhir TM Piala Malaysia.

Sementara itu, Mustaza yang juga pengurus The Lions berkata, pihaknya kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengadakan sesi pemilihan pemain untuk beraksi bersama UiTM FC musim depan.

Iklan

"Kita sedang fikirkan masa yang sesuai kerana kita sedia maklum dalam suasana sekarang (pandemik Covid-19), ia tidak boleh diadakan.

"Kita telah selesai dari segi pemilihan aspek kejurulatihan pasukan dan hanya menunggu masa untuk pemilihan pemain,” katanya.