PKPB: Waktu operasi pasar harian 6 pagi hingga 4 petang

Iklan
Waktu operasi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.

KUALA LUMPUR - Unit Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan, terdapat ralat mengenai waktu operasi pasar harian yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) petang semalam.

Menerusi satu kenyataan unit tersebut memaklumkan, waktu operasi baharu bagi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.