Arsenal perlu lakukan perpindahan pemain

Iklan
Arteta

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta menyifatkan pasukannya itu perlu melakukan lebih banyak perpindahan pemain dalam muncul selaku pencabar bagi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurut Arteta, skuad The Gunners itu juga perlu melakukan sesuatu untuk kembali berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL (Big Four) yang kali terakhir dilakukan pada musim 2016 lalu apabila menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang Leicester City.

Iklan
Iklan

Malah katanya, pasukan berkenaan dilihat mencatatkan pencapaian terburuknya dalam tempoh 25 tahun kebelakangan ini, apabila apabila menamatkan saingan musim 2019/20 lalu.

"Bagi saya, untuk mengembalikan Arsenal ke puncak kejayaan, ia memerlukan beberapa perpindahan pemain selain untuk memastikan pasukan ini berada pada tahap yang sama dengan pasukan-pasukan ‘gergasi’ di EPL, ia memerlukan masa.

Iklan

"Saya tahu, kita semua mahu melihat Arsenal kembali berada pada kemuncak EPL dan niat saya hanya untuk menyediakan pasukan untuk perlawanan.

"Apa akan berlaku selepas itu, hanya masa yang akan menentukannya kerana masih banyak perkara yang akan berlaku,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Arsenal juga gagal untuk mengesahkan slot beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara bagi tempoh empat musim yang lalu.

Arsenal juga sekadar mencatat hanya satu kemenangan bagi lima perlawanan terakhirnya iaitu menewaskan Manchester United di Old Trafford pada 2 November lalu.

Skuad The Gunners itu bakal berdepan Wolverhamptom Wanderers di Emirates awal pagi ini.