Para peniaga dan pengunjung dilihat mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka semasa mengunjungi tempat awam ketika tinjauan di Pasar Chow Kit hari ini.
Kerajaan bersetuju melanjutkan waktu operasi baharu bagi pasar harian di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bermula jam 6 pagi sehingga 4 petang.