Fernandes perlu cemerlang berdepan Southampton

Iklan
Solskjaer dan Fernandes

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berharap agar pemain skuad The Red Devils itu, Bruno Fernandes dapat meneruskan kecemerlangannya pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Southampton di Stadium St Mary malam ini.

Menurut Solskjaer, aksi terbaik yang dipamerkan pemain Portugal berkenaan pada saingan Liga Juara-Juara selain ketika berdepan Everton dan West Bromwich baru-baru ini dapat diteruskan bagi menjamin kejayaan pasukan.

Iklan
Iklan

Sekali gus katanya, kemenangan malam ini juga akan memberikan kemenangan ketiga berturut-turut buat United musim ini.

"Kemenangan malam ini akan menjadi kemenangan tiga kali berturut-turut buat kali pertama bagi United musim ini.

Iklan

"Kemenangan ini juga akan membantu pasukan untuk melonjak pada kedudukan empat pasukan teratas dalam carta EPL musim ini," katanya.

Untuk rekod, United kini berada pada kedudukan kesebelas EPL dengan 13 mata hasil empat kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali daripada lapan perlawanan setakat ini.

Iklan
Fernandes

Sementara itu, Solskjaer tidak menolak tanggapan yang mengaitkan aksi Fernandes mirip kepada bekas bintang skuad The Red Devils itu, Cristiano Ronaldo.

Menurut Solksjaer, sejak beraksi di Old Trafford dari Sporting Lisbon Januari lalu, pemain berkenaan secara tidak langsung telah membantu untuk terus mengekalkan standard yang tinggi bagi skuad The Red Devils itu.

"Dia (Fernandes) dilihat mirip kepada Ronaldo dan ia telah berjaya memberikan impak kepada rakan-rakan sepasukannya; ini boleh dilihat kepada keputusan-keputusan perlawanan kita perolehi sejak kehadirannya.

"Secara keseluruhannya, dia sangat bertenaga, memiliki daya kepimpinan dan pemain sebegini lah yang akan menjadi membantu pasukan ini untuk terus maju ke hadapan," katanya.