140 aduan pencemaran sungai diterima di Johor

Iklan
VIDYANANTHAN

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 140 aduan pencemaran sungai di negeri ini diterima sepanjang tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, kesemua aduan tersebut telah disiasat dan tindakan susulan juga diambil.

Iklan
Iklan

Katanya, antara jenis pencemaran yang dikesan ialah sampah sarap domestik, pepejal, aktiviti tapak pembinaan, aktiviti lombong, pengorekan pasir sungai, aktiviti ladang racun, pembajaan, aktiviti ladang penternakan ayam, babi, aktiviti industri, bengkel dan aktiviti perbandaran.

"Sebanyak 59 sungai di negeri ini berada dalam Kelas 2 iaitu air sungai memerlukan rawatan konvensional.

Iklan

"Sebanyak 18 sungai pula dikategorikan berada dalam Kelas 4 iaitu hanya sesuai digunakan untuk pengairan seterusnya 47 sungai lagi berada dalam Kelas 3, memerlukan rawatan intensif," katanya.

Vidyananthan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Syed Sis Abdul Rahman (BN-Tanjong Surat) yang bertanyakan jumlah sungai tercemar di negeri ini pada sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, Vidyananthan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang berkata, Johor mempunyai sebanyak 399 jumlah sungai namun tidak semuanya dipantau dan diawasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor secara terperinci.

"Pengawasan kualiti air sungai yang dilaksanakan oleh JAS Johor membabitkan 23 lembangan sungai yang merangkumi 126 batang sungai.

"Pengawasan kualiti air sungai lebih kepada fungsi dan justifikasi tertentu untuk memantau impak industri kepada ambient sungai serta aliran yang memasuki loji rawatan air mentah," katanya.