PRU15: UMNO sudah sedia

Iklan
Tajuddin Abdul Rahman

PASIR SALAK - UMNO sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka dilaksanakan pada bila-bila masa.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, usaha gerak kerja jentera parti kini sedang diperkukuhkan di setiap peringkat.

Iklan
Iklan

Beliau yang sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya juga sudah bersedia.

"Cuma kita mahu memperkukuhkan jentera supaya lebih bersedia," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan mangsa banjir dan Covid-19 Parlimen Pasir Salak di Dewan Serbaguna MDPT di sini hari ini.

Iklan

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 memaklumkan PRU-15 akan diadakan selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Ditanya mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Tajuddin berkata, pihaknya akan memanggil UMNO Bahagian Gerik untuk mengadakan mesyuarat.

Iklan

"Kita akan bermesyuarat bagi mendengar laporan setiap pihak yang terlibat sebelum persiapan dilakukan.

"Perbincangan pimpinan antara Pas dan Bersatu belum diadakan dan mungkin berlaku perbincangan nanti.

"Bagaimanapun, UMNO sudah sebutkan Pas tidak perlu masuk bertanding begitu juga PN (Perikatan Nasional). Mudah-mudahan (mereka) tidak bertanding. Kalau bertanding pun UMNO tetap menang," katanya.