Malaysia sifatkan sebagai jenayah sains dan kemanusiaan

Iklan
Keadaan kereta dinaiki Allahyarham Mohsen selepas insiden serangan yang meragut nyawanya di bandar Absard, wilayah timur Damavand, Iran kelmarin. Gambar kecil: Mohsen.

SHAH ALAM - Pembunuhan seorang saintis nuklear terkemuka Iran, Almarhum Mohsen Fakhrizadeh merupakan satu jenayah terhadap dunia sains dan kemanusiaan dan harus dikecam.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, tragedi itu merosakkan usaha memupuk perdamaian dunia melalui diplomasi sains dan hubungan multilateral.

Iklan
Iklan

"Usaha melalui diplomasi tersebut mengajak negara saling berhubungan dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran demi menjadikan bumi dunia yang aman dan makmur.

"Dunia Islam pernah menyaksikan kitab kitab khazanah ilmu dimusnahkan dan para ilmuwan dibunuh oleh penjarahan Monggol di Kota Baghdad mengakibatkan kerugian besar kepada tamadun manusia.

Iklan

"Pembunuhan saintis Iran ini menunjukkan kebodohan dan tidak bertamadunnya mereka yang berada di sebalik perancangan jenayah ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Agensi berita antarabangsa melaporkan Iran mendakwa salah seorang saintis nuklear terkemuka di negaranya telah dibunuh oleh Israel dalam satu serangan berhampiran bandar Absard di wilayah Damavand timur semalam.

Iklan

Menurut Kementerian Pertahanan Iran dalam satu kenyataan, saintis berkenaan, Mohsen Fakhrizadeh mengalami cedera parah ketika penyerang menyasarkan keretanya sebelum terlibat dalam pertempuran dengan pasukan pengawalnya.

Turut dilaporkan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dalam ciapan di Twitter mendakwa terdapat bukti kukuh menunjukkan peranan Israel dalam pembunuhan saintis itu.