Kes pelaburan LikeShare: Polis terima satu lagi laporan

Iklan
Hantaran di media sosial Facebook mendakwa beberapa individu menjadi mangsa kes pelaburan LikeShare.

KUALA LUMPUR - Polis menerima satu lagi laporan membabitkan kerugian RM8,593 berkaitan kes pelaburan LikeShare yang dipercayai memperdaya mangsa kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk S Sasikala Devi berkata, sebelum ini polis menerima dua laporan berkaitan kes itu yang dibuat mangsa di Sabah dan Pahang, pada bulan ini.

Iklan
Iklan

"Satu laporan membabitkan kerugian RM1,000 dan satu lagi kes adalah kerugian RM5,000.

"Terbaharu, satu lagi laporan kita terima di Gombak, Selangor membabitkan kerugian RM8,593," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kegiatan itu aktif dan modus operandinya.

Hantaran di media sosial Facebook mendakwa beberapa individu menjadi mangsa kes pelaburan LikeShare.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana individu yang terlibat dipercayai menjadi mangsa pelaburan berkenaan untuk tampil membuat laporan.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular di media sosial Facebook memaparkan sekumpulan individu disyaki mangsa datang ke pejabat pelaburan berkenaan, namun premis terbabit telah ditutup.

Kapsyen turut menunjukkan agar mangsa bertabah selepas dikatakan menjadi mangsa tipu.