CARACAS - VENEZUELA. Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Venezuela, susulan permintaan pemimpin pembangkang, John Guaido.
Menurut Penasihat Pertahanan AS, John Bolton, bantuan tersebut akan mula digerakkan dalam masa terdekat.
Guaido yang disokong AS selepas mengisytiharkan dirinya sebagai presiden interim bulan lalu, tidak menguasai mana-mana wilayah di Venezuela.
Sehubungan itu, beliau bercadang membuka pusat pengumpulan di negara jiran berhampiran, di mana terdapat rakyat Venezuela yang melarikan diri sebelum ini.
Pemimpin Perhimpunan Kebangsaan itu juga merancang pakatan antarabangsa bagi mengumpul bantuan di tiga lokasi utama dan menekan pasukan tentera agar membenarkan bantuan tersebut memasuki Venezuela.
Sementara itu, Presiden Nicolas Maduro enggan menerima sebarang bantuan AS yang dianggapnya sebagai permulaan campur tangan tentera di Venezuela.
"Kita tidak pernah mengemis, dan kita bukan negara pengemis," kata Maduro kepada penyokongnya.
Terdahulu, himpunan Sabtu lalu di Caracas, menyaksikan kem penyokong Maduro dan Guaido, masing-masing mengadakan bantahan besar-besaran. - BBC