KOTA BHARU - Catatan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang hari ini menunjukkan bacaan 9.43 iaitu masih melepasi paras bahaya 9.00, walaupun butiran hujan di beberapa lokasi di pedalaman agak berkurangan sejak semalam.
Menurut portal eBanjir, sehingga jam 10 pagi, 11 sungai lain di beberapa daerah di sini menunjukkan bacaan melebihi paras normal dan ia berterusan sejak beberapa hari yang lalu.
Iklan
Iklan
Sungai Lebir di Kuala Koh mencatatkan bacaan 62.73 iaitu melebihi paras normal 62.00 dan Sungai Galas di Limau Kasturi juga melebihi paras normal 53.33 (normal 53.00).
Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan bacaan 22.36 iaitu melepasi paras normal 23.00, Sungai Kelantan di Kuala Krai pula 19.63 pula menghampiri paras jaga-jaga 20.00.
Sungai Kelantan di Kusial mencatatkan bacaan 11.21 melebihi paras normal iaitu 10.00 dan Sungai Golok di Jenob pada bacaan 20.09 juga melepasi paras normal 19.00.
Sementara itu, Sungai Kelantan di Jeti Kastam juga melebihi paras normal 1.00 iaitu 1.47; Sungai Kelantan di Air Mulih mencatatkan bacaan 5.74 iaitu melebihi paras normal 4.00.
Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan bacaan 0.81 iaitu melebihi paras normal 0.40 dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula mencatatkan bacaan 1.56 iaitu menghampiri paras jaga-jaga 2.00 manakala Empangan Bukit Kwong pula mencatatkan bacaan 15.92 iaitu di bawah paras normal 16.76.