Ibu bapa tangkai jering jejas PIBG?

Iklan

SELEPAS viral isu yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dikategorikan sebagai sumbangan bukannya yuran yang wajib dibayar sejak tahun lalu, ada segelintir ibu bapa mula liat hendak menyumbang duit.

Kesannya PIBG di sekolah kebangsaan menghadapi dilema kewangan yang semakin teruk. Banyak program hendak buat tetapi tidak cukup wang!

Iklan
Iklan

Isu yuran PIBG memang mendapat perhatian daripada orang ramai namun sayangnya cuma bersuara untuk mengecam mengutuk bukan membantu.

Kebanyakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara mengalami kemerosotan dana selepas tular di laman sosial bahawa yuran PIBG sekolah bukanlah bayaran wajib sebaliknya hanyalah sumbangan daripada ibu bapa pelajar.

Iklan

Siasatan Skuad Sinar Siasat mendapati rata-rata pihak sekolah terutamanya guru-guru mengeluh apabila kutipan yuran merudum teruk daripada sekitar 50 peratus hingga 60 peratus kepada sekitar 30 peratus sahaja, gara-gara ibu bapa semakin liat membuat bayaran yuran PIBG.

Lebih mengejutkan selepas mengetahui yuran PIBG hanyalah wang sumbangan, golongan yang paling liat membuat bayaran adalah ibu bapa yang berpendapatan tinggi dan ia banyak berlaku di sekolah-sekolah kebangsaan.

Iklan

Yuran sumbangan PIBG bagi setiap sekolah adalah berbeza apabila ditetapkan pihak PIBG sekolah masing-masing, bagaimanapun puratanya meletakkan yuran sekitar RM50 setahun.

Bagaimanapun senario sikap ibu bapa seperti ini yang liat memberi sumbangan PIBG tidak berlaku di SJKC. Ibu bapa di SJKC katanya rela berhabis duit demi pendidikan anak-anak mereka! Benar atau tidak polemik ini dapatkan laporan penuh dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Pastinya wadah bacaan terbaik yang telus, yang tulus untuk pembaca!