Wakil AS tiba di Seoul menjelang pertemuan kedua Trump-Jong Un

Iklan
Jong-Un (kiri) dan Trump bersalaman ketika persidangan pertama di Singapura pada tahun lalu. - Foto Reuters

SEOUL - KOREA SELATAN.Perunding khas dari Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Korea Utara, Stephen Biegun, tiba di Seoul semalam, bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil kedua-dua Semenanjung Korea.

Mesyuarat terbabit diadakan menjelang persidangan kedua antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Iklan
Iklan

Menurut agensi berita Yonhap, agenda, tarikh dan lokasi persidangan akan dimuktamadkan ketika mesyuarat antara Washington dan Pyongyang kelak.

Biegun dilaporkan akan bertemu Penasihat Keselamatan Korea Selatan, Chung Eui-Yong sebelum menuju ke Panmunjom bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil Korea Utara.

Iklan

Pertemuan sulung antara Trump dan Jong-Un yang berlangsung di Singapura pada bulan Jun tahun lalu, menyaksikan kedua-dua pemimpin menandatangani dokumen berhubung isu nyah nuklear di Semenanjung Korea.

Namun, perkembangan susulan perjanjian terbabit dilihat semakin lesu dan tidak memberi sebarang impak besar. - AFP

Iklan